Real Madrid lepasi ujian Leipzig di Santiago Bernabeu

Iklan
Vinicius Jr menyamakan kedudukan pada minit ke-65 buat Real Madrid mara ke suku akhir dengan kemenangan agregat 2-1. Foto Agensi

JUARA 14 kali Real Madrid berdepan tekanan hebat RB Leipzig sebelum mengesahkan kemaraan agregat 2-1 setelah kedua-dua pasukan terikat meraih 1-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Anak buah Carlo Ancelotti menang 1-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Red Bull Arena pada 14 Februari lalu sebelum menang di Stadium Santiago Bernabeu.

Iklan
Iklan

RB Leipzig boleh dikatakan pasukan yang lebih baik, namun terlepas beberapa peluang memimpin perlawanan tersebut.

The Los Blancos terlebih dulu ketinggalan selepas pemain pertahanan sensasi dari Hungary, Willi Thomas Orban meletakkan pelawat di depan minit ke-68.

Iklan

Real Madrid meningkatkan tempo separuh masa kedua untuk mengesahkan tempat dalam lapan terakhir apabila Vinicius Jr menyamakan kedudukan pada minit ke-65.

"Ia kelihatan seperti drama kerana cara kami bermain tetapi apa yang penting ialah kami layak ke suku akhir.

Iklan

"Biarkan itu menjadi pengajaran untuk apa yang akan datang pada masa depan," katanya kapten Real, Nacho.