Dua kelasi kapal maut akibat serangan Houthi

Iklan
Gambar daripada tentera AS yang dirakam pada Rabu menunjukkan kapal yang ditembak Huthi. AFP

LONDON - Dua kelasi kapal terbunuh dalam serangan peluru berpandu Houthi ke atas kapal dagang di Laut Merah pada Rabu (6 Mac), kata pegawai Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Kematian pertama dilaporkan sejak kumpulan Yaman yang bersekutu dengan Iran memulakan serangan terhadap perkapalan di salah sebuah kapal di laluan laut paling sibuk di dunia.

Iklan
Iklan

Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang menyebabkan kapal True Confidence milik Yunani beserta berbendera Barbados, terbakar sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.

Dalam satu kenyataan di laman media sosial X, Kedutaan Britain yang menjawab pengakuan Houthi itu berkata:

"Sekurang-kurangnya dua kelasi yang tidak bersalah telah meninggal dunia. Ini adalah akibat yang menyedihkan tetapi tidak dapat dielakkan daripada Houthi melepaskan peluru berpandu secara melulu ke perkapalan antarabangsa. Mereka mesti berhenti melakukannya.

"Kami sampaikan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dan mereka yang cedera." - Awani

Iklan
Iklan