WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu mencabar Presiden, Joe Biden untuk berdebat dengan mengatakan beliau bersedia untuk menentangnya"pada bila-bila masa."
"Yang penting, untuk kebaikan negara kita, Joe Biden dan saya akan berdebat mengenai isu-isu yang sangat penting kepada Amerika dan rakyat Amerika. Saya mahu berdebat, bila-bila masa, di mana-mana, di mana-mana tempat!" lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Trump di platform media sosialnya Truth Social.