KUMPULAN MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) menerusi inisiatifnya, Raya Sama-Sama telah berkolaborasi bersama penyanyi, Alif Satar sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfiltri.
Inisiatif itu menyaksikan pelakon dan pengacara televisyen popular Malaysia tersebut bersama-sama MR D.I.Y. pada 'Meet & Greet' dengan peminat pada 21 Mac ini diikuti dengan acara buka puasa bersama peminat bertuah pada hari yang sama.
"Alif juga akan menyertai program tanggungjawab sosial korporat MR D.I.Y. Melalui inisiatif berkenaan, beberapa cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara akan menampilkan lebih 100 barangan keperluan rumah hari raya antaranya pelita, hiasan, lampu LED, alas meja, langsir, hadiah perayaan, beg membeli-belah, sampul duit raya, dan peralatan makan.
"Pelanggan juga boleh menikmati barangan hiasan rumah, alatan pembersihan dan pelbagai jenis makanan ringan dan minuman dengan diskaun sehingga 30 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan.
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, inisiatif Raya Sama-Sama itu merangkumi intipati perpaduan dan kebersamaan Malaysia yang sebenar.
"Barangan rumah adalah penting dalam setiap perayaan dan kami menyediakan rangkaian barangan dengan nilai yang luar biasa. Ia membolehkan rakyat Malaysia meraikan perayaan tanpa perlu merasa bimbang sekali gus meringankan bebanan mereka,” kata Goh.
Beliau berkata, pemilihan Alif Satar bersama MR D.I.Y dibuat kerana beliau mempunyai nilai-nilai kebersamaan dan keharmonian yang selari dengan jenama MR D.I.Y..
"Populariti dan hubungan rapatnya dengan rakyat Malaysia menyebabkan kami memilihnya. MR D.I.Y berbesar hati kerana Alif Satar sudi bekerjasama dengan kami,” kata Goh.
Sementara itu, untuk berpeluang menghadiri acara Buka Puasa bersama Alif Satar, orang ramai perlu menyertai pertandingan foto kreatif dengan mengambil gambar bersama visual Alif Satar di mana-mana cawangan MR D.I.Y.
Selepas itu, foto yang diambil perlu disiarkan pada hantaran media sosial mereka dengan tanda palang #MRDIYRayaxAlifSatar dan ‘tag’ seorang rakan yang ingin dibawa ke majlis ‘Buka Puasa’ MR D.I.Y bersama Alif Satar, dan tag juga akaun sosial MR D.I.Y. @MRDIY.
Gambar yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang bertuah.
MR D.I.Y juga akan akan menyiarkan tayangan perdana filem web Hari Raya Aidilfitri MR D.I.Y. bertajuk Raya Sama-Sama Melangkah tidak lama lagi dan ia boleh ditonton di seluruh saluran media sosialnya.
Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan menerima empat keping sampul duit raya percuma selagi stok masih ada.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!