Ajak Shiro pilih Suria FM

Iklan
Ajak Shiro - FOTO: Suria FM
SETELAH dua tahun bergelar pengacara Melodi, pelawak Ajak Shiro mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada program hiburan popular itu bermula awal Januari lalu.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Hanaffi Razak, 34, keputusan tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada perjalanan barunya bersama stesen radio Suria FM sebagai penyampai segmen Team Suria Pagi menerusi gandingan Issey dan Fizi Ali bermula Selasa lalu.

"Saya tidak menyambung kontrak sebagai pengacara Melodi kerana pada tahun 2020 ini saya memutuskan untuk kembali menjadi penyampai radio.

Iklan
Iklan

"Dulu ketika saya terikat dengan dua tugasan ini, setiap Isnin hingga Jumaat saya bertugas sebagai penyampai radio dan Ahad pula mengendalikan Melodi. Hanya pada Sabtu sahaja saya dapat meluangkan masa yang sepenuhnya bersama bersama isteri dan anak-anak.

"Jadi kali ini, saya tidak mahu situasi dulu berulang lagi. Kena pilih salah satu kerana saya tidak mahu rugi masa bersama anak-anak,” ujarnya yang sebelum ini pernah bertugas sebagai penyampai Hot FM selama tiga tahun.

Iklan

Tidak mahu tamak mengejar tawaran, Ajak tegas mengutamakan keluarga dalam apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan kerjaya seninya.

"Kalau fikirkan tentang duit, memang saya nak buat semua selagi ada peluang. Namun bila saya fikir balik, kualiti masa dengan anak-anak lebih berharga daripada semua itu. Kalau ada duit banyak pun, tapi tak ada keluarga pun tak guna juga.

Iklan

"Jadi apa pun keputusan saya buat dalam kerjaya, keutamaan adalah pada keluarga terlebih dahulu,” tegasnya.

Mengulas tentang pernyertaannya bersama stesen radio Suria FM sebagai penyampai selepas setahun meninggalkan konti, kata Ajak, semuanya kerana kesungguhan stesen tersebut melamarnya.

"Sebenarnya saya mendapat tawaran daripada Suria pada hari yang sama saya meninggalkan stesen radio saya sebelum ini.

"Bagaimanapun ketika itu saya tidak rasa ia merupakan waktu yang tepat untuk saya berbuat demikian atas pelbagai sebab termasuk menghormati sahabat saya, Shahrol yang baru sahaja melepaskan tugasan sebagai penyampai di Suria.

"Bagaimanapun selepas hampir setahun, Suria masih lagi memberikan tawaran yang sama dan barulah saya mula mempertimbangkannya sebelum bersetuju menyertai mereka pada penghujung tahun lalu,” jelasnya.