Antara 36 keping potret Orang Asli suku kaum Bateq dan Semoq Beri yang mendiami pedalaman Kelantan dan Terengganu berjaya"diterbangkan” ke Tokyo, Jepun baru-baru ini untuk dipertontonkan keunikan penduduk asal itu kepada masyarakat di negara Matahari terbit.
Ia dipamerkan menerusi pameran fotografi bertajuk"Hunter-Gatherers of the Malaysian Rainforest; Bateq and Semoq Beri” anjuran Research Institute for Languages and Cultures of Asia and Africa, Tokyo University of Foreign Studies (TUFS) dan TUFS Field Science Commons di dua galeri, masing-masing pada Januari dan Februari lepas.
Kesemua gambar berkenaan adalah hasil"bidikan” jurugambar profesional dan penyelidik bebas, Suzairi Zakaria atau lebih mesra dikenali sebagai Dome Nikong. Foto Bernama