Sanusi hargai sikap ‘berlembut’ Anwar

Iklan
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuka pintu rundingan berhubung keperluan Kedah.

Beliau gembira dengan sikap Perdana Menteri yang kini menunjukkan sikap terbuka dalam mendengar pandangan untuk manfaat Kedah.

Iklan
Iklan

"Itulah (sikap) seorang Perdana Menteri, saya pun berasa seronok juga (dengan perkembangan ini),” katanya dalam sidang akhbar selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ditangguhkan pada Khamis.

Sanusi berkata, keterbukaan Anwar membolehkan ruang untuk mendengar cadangan Kedah, berbanding sebelum ini, Anwar tidak melayan permintaan beliau untuk berjumpa biarpun surat rasmi sebanyak empat kali dihantar.

Iklan

"Harap apa yang kita kemukakan, dengarlah. Jangan sampai tak jumpa langsung, namun nampaknya perkara itu sudah dapat diatasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sanusi mengakui pelbagai pandangan dilemparkan terhadapnya berikutan sikapnya yang agak lantang bersuara,

Iklan

"Saya tahu apa yang saya buat, saya tidak akan bekerja di luar undang-undang. Saya faham platform yang saya duduki, perjuangan yang saya bawa untuk negeri ini.

"Saya akan terus bercakap tanpa rasa takut kerana itulah diri saya yang sebenarnya,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!