MAKKAH - ARAB SAUDI. Rakaman video dan gambar menunjukkan ribuan cengkerik hitam 'menawan' Masjidil Haram tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Kehadiran ribuan serangga berkenaan memenuhi segenap ruang Masjidil Haram dan ia turut melekat pada pakaian jemaah yang sedang beribadah.
Iklan
Iklan
Menerusi kenyataan di laman Twitter, pihak berkuasa Makkah memaklumkan sejumlah 22 pasukan pembersihan terdiri daripada 138 anggota dikerah bagi menghapuskan serangga itu.
Pasukan petugas menumpukan kerja penghapusan segera di kawasan takungan hujan dan longkang terbuka sekitar Masjidil Haram demi menjaga keselamatan dan keselesaan jemaah.
Arab Saudi sebelum ini juga pernah berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang. - Agensi/Morrocco World News