Mangsa tercampak 15 meter dari 'sotong ride' - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Mohd Zaidi

KOTA KINABALU - Dua mangsa cedera dalam kejadian di tapak pesta ria (fun fair) di Likas pada malam Rabu telah tercampak sejauh 15 meter dari permainan 'sotong ride' yang dinaiki mereka.

Kemalangan tersebut melibatkan seorang mangsa lelaki berusia 35 tahun dan wanita berusia 29 tahun.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati fun fair tersebut telah beroperasi di Kompleks Sukan Likas bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari sejak 2 Februari lalu hingga 10 Mac ini.

"Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk permainan jenis sotong ride tercampak dan jatuh sejauh 15 meter dari tempat permainan itu sedang berpusing.

Iklan

"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) bagi mendapatkan rawatan. Mangsa lelaki cedera di bahagian kepala dan menjalani pembedahan manakala mangsa wanita juga cedera di kepala dan luka bahagian muka kanan berhampiran mata," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Susulan kejadian itu, Mohd Zaidi berkata, fun fair tersebut telah diarahkan tutup serta-merta.

Iklan

"Penutupan tempat permainan itu adalah supaya pihak penganjur boleh memeriksa kembali tahap keselamatan semua jenis permainan yang dikendalikan.

"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan dua pengunjung fun fair cedera selepas terjatuh daripada salah sebuah permainan yang beroperasi di situ.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!