'Happening Raya' janji tawaran menarik buat pelanggan Mydin

Iklan
Noraini (tengah) bersama Ameer Ali (kiri) melancarkan Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

RANGKAIAN pemborong dan peruncit terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad(MYDIN) melancarkan kempen 'Happening Raya" sempena menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

Kempen yang menawarkan penjimatan dan pilihan barangan persiapan musim perayaan tersebut bermula pada Khamis sehingga akhir Ramadan.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, sepanjang kempen berlangsung, pelbagai promosi barangan, aktiviti menarik serta peraduan dengan ganjaran lumayan disediakan.

Noraini bersama Ameer Ali bergambar bersama rakan strategik Mydin pada majlis Pelancaran Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

"Perayaan sudah semestinya menjadi sesuatu yang dinantikan dan saat 'happening' lebih-lebih lagi buat anak-anak serta sanak saudara berkumpul menyediakan juadah, berbuka dan bermaaf-maafan.

Iklan

"Sudah tentu Mydin menjadi solusi kepada persiapan menyambut Ramadan mahupun Aidilfitri dan Happening Raya menjanjikan pelbagai tawaran hebat," katanya.

Noraini bersama Ameer Ali melihat menu Bazar Ramadan pada majlis Pelancaran Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Kempen Happening Raya di Mydin Seremban 2 di sini pada Khamis.

Iklan

Majlis berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Menurutnya, Mydin sememangnya cukup dekat dengan masyarakat dan bagi mengukuhkan lagi jalinan persaudaraan itu, pihaknya turut menganjurkan Program Jelajah Iftar Ala Madinah dengan kerjasama Sinar Harian sepanjang Ramadan ini.

Bubur lambuk pada majlis Pelancaran Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

Tambahnya, menerusi program tersebut, Mydin berbesar hati berkongsi rezeki melalui agihan pek makanan iftar percuma kepada lebih 11,000 orang di tujuh cawangan Mydin terpilih.

"Jelajah ini akan berlangsung di tujuh lokasi Mydin iaitu Mydin USJ (Selangor) Mydin Seremban 2 (Negeri Sembilan), Mydin MiTC (Melaka), Mydin Meru Raya (Perak), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Gong Badak (Terengganu), dan Mydin Tunjong (Kelantan)," katanya.

Selain itu katanya, bagi menambah lebih kegembiraan menyambut Aidilfitri, pihaknya juga mengadakan peraduan menarik antaranya"Kongsi Kisah Perabot Impian” dengan hadiah perabot bernilai keseluruhan RM30,000 kepada pelanggan-pelanggan yang bertuah.

Ujarnya, menerusi program yang dianjurkan dengan kerjasama Courts Malaysia itu, pelanggan hanya perlu mengarang cerita impian mereka dan cerita paling menarik bakal memenangi hadiah.

Bagi membantu lebih ramai meraikan Aidilfitri, beliau berkata, Mydin bekerjasama dengan hampir 50 syarikat untuk mengumpul dana yang disasarkan sebanyak RM250,000.

"Sumbangan yang terkumpul melalui pembelian produk-produk terpilih akan disalurkan kepada golongan B40 yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan bentuk persiapan pakaian baharu dan bakul makanan.

"Kita turut menganjurkan Bazar Ramadan Indoor di cawangan pasar raya besar kami yang mana bazar ini menawarkan lebih 100 juadah berbuka puasa yang cukup enak dan menyelerakan, ia termasuk menu rahmah," katanya.

Pemberian bubur lambuk pada majlis Pelancaran Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

Pada masa sama ujar beliau, Mydin bersama rakan niaga akan mengedarkan bubur lambuk percuma kepada orang ramai khususnya pelanggan dengan menyasarkan sebanyak 45,000 bekas.

Bukan sekadar itu katanya, Mydin dengan kerjasama rakan e-dompet turut menawarkan pulangan tunai kepada pelanggan menerusi kerjasama dengan aplikasi bayaran digital iaitu Boost dan SPayLater.

"Ia bagimenawarkan pulangan tunai RM5 bagi setiap perbelanjaan minimum RM50 menggunakan aplikasi tersebut,"katanya.

Noraini bersama Ameer Ali menunjukkan pakaian baju raja pada majlis Pelancaran Kempen Happening Raya yang diadakan di Pasaraya Mydin Seremban 2 pada Khamis. Foto SINARHARIAN/ROSLI TALIB

Dalam pada itu Noraini dalam ucapannya turut merakamkan penghargaan kepada pihak Mydin kerana sentiasa tampil ke hadapan dalam menganjurkan pelbagai program yang menerapkan aspek-aspek sosio kemasyarakatan.

"Mydin sebagai syarikat tempatan yang sudah lebih enam dekad bersama masyarakat sememangnya cukup dekat dengan denyut nadi rakyat, khususnya dalam berhadapan dengan cabaran kos sara hidup.

"Mereka bukan saja konsisten memberikan tawaran harga barangan yang kompetitif bagi meringankan beban kewangan keluarga, malah sentiasa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan,"katanya.

Tambahnya lagi, peranan syarikat-syarikat korporat sememangnya penting dalam membantu kerajaan memperjuangkan kebajikan masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

"Kementerian mengalu-alukan agar lebih banyak syarikat-syarikat korporat turut serta dalam usaha memupuk dan meningkatkan nilai kekeluargaan bagi memperkasa agenda membina negara Madani," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28