Kapal korek 'curi' pasir di perairan Kerian

Iklan
Sebuah kapal korek dikesan melakukan operasi mengorek pasir di kawasan tidak dibenarkan di perairan Kerian dan Larut Matang pada Rabu.

PARIT BUNTAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan usaha sebuah kapal korek dikendalikan warga asing melakukan operasi mengorek pasir di perairan Kerian dan Larut Matang pada Rabu.

Pemeriksaan jam 12.23 malam oleh bot ronda Maritim itu dilakukan selepas mendapati kapal berkenaan melakukan operasi mengorek pasir di kawasan tidak dibenarkan.

Iklan
Iklan

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, ketika dikesan, kapal korek terbabit dalam keadaan mencurigakan apabila sedang melakukan aktiviti pengambilan pasir laut di luar waktu ditetapkan.

"Nakhoda kapal yang merupakan warga Indonesia telah gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk kebenaran melakukan aktiviti terbabit dan insuran kapal," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan
Sebuah kapal korek bersama muatan 1,500 tan metrik pasir telah ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. Foto Ihsan Maritim Malaysia

Beliau berkata, kapal berkenaan bersama muatan 1,500 tan metrik pasir telah ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Katanya, Maritim Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan kawalan keselamatan dan rondaan operasi penguatkuasaan bagi memastikan kapal dan bot yang berada di perairan negara terjamin dan mematuhi undang-undang.

Iklan

"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim dengan menghubungi talian hotline 05-7279919 atau MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28