Penstrukturan Goodyear jejas operasi pelbagai negara, bukan sahaja Malaysia

Iklan
Amirudin berbahas sempena Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada Khamis. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Penutupan kilang syarikat pengeluar tayar global, Goodyear berikutan penstrukturan syarikat memberi kesan kepada 1,200 pekerja di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, kata Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, Goodyear telah menutup kilangnya di Akron, Ohio pada Januari 2023.

Iklan
Iklan

"Ini dilakukan kerana Goodyear telah menstrukturkan semula perniagaan mereka kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat seperti Michelin, Continental dan Bridgestone,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata, laporan Goodyear di peringkat tahunan menunjukkan syarikat menghadapi tekanan kos yang tinggi dan memilih untuk mencari tempat yang mempunyai kos lebih rendah.

Iklan

Goodyear dilaporkan akan menutup kilangnya di Shah Alam, Selangor setelah beroperasi lebih lima dekad yang dijangka menjejaskan kira-kira 550 kakitangan. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan