Jurang gaji antara jantina ketara
Iklan
SHAH ALAM - Penyertaan wanita dalam sektor ekonomi di negara ini masih rendah apabila kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) setakat tahun 2022 mencatatkan di bawah 60 peratus iaitu 55.8 peratus bagi kategori negara membangun.
Berdasarkan ranking negara Asia Timur dan Pasifik, Malaysia berada di tangga ke-102 daripada 146 negara berbanding negara jiran seperti Singapura yang berada di kedudukan ke-49, Vietnam (72), Thailand (74), Timor-Leste (95) dan Brunei (96).