NGO cadang wujudkan Suruhanjaya Khas Wanita

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian sempena Hari Wanita pada Jumaat. Gambar kecil: Norhimah

SHAH ALAM - Kerajaan disaran mewujudkan Suruhanjaya Khas Wanita Malaysia bagi menangani masalah ketidakseimbangan jantina dalam sektor pekerjaan terutama bidang profesional dan teknikal.

Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia, Norhimah Aziz berkata, walaupun kadar enrolmen pendidikan dalam kalangan wanita adalah tinggi, namun ia tidak membantu dalam produktiviti negara secara holistik kerana tidak diberi peluang.

Iklan
Iklan

Data Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan pada tahun 2021, sebanyak 46.9 peratus wanita di negara ini mendapat pendidikan tinggi berbanding hanya 33.3 peratus lelaki.

Menurut Norhimah, dengan melantik ahli badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengelola suruhanjaya tersebut, ia dapat membantu mengembangkan bakat wanita secara menyeluruh dan memperbaiki kuota dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Iklan

"Suruhanjaya ini akan mengurus isu wanita terutama melibatkan kuota wanita dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana, syarikat berkaitan kerajaan dan juga sektor korporat.

"Ramai aktivis NGO wanita di negara ini layak untuk mengelola suruhanjaya tersebut.

Iklan

"Kami tidak mampu membuat sebarang polisi dan sekadar bersuara sahaja, jadi satu badan khas yang memperjuangkan suara wanita wajar ditubuhkan.

"Walaupun jumlah wanita dalam institusi pendidikan adalah tinggi, namun mereka tidak diberi peluang untuk berada dalam industri yang didominasi oleh lelaki,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28