Dari Pasar Kedai Payang ke MOTAC
Iklan
BERSEKOLAH di Kuala Terengganu sewaktu era 1990-an ada cinta pertama, Pantai Batu Buruk, Pasar Raya Hock Kee Seng, Stesen Bas lama (sekarang sudah jadi medan letak kereta), Bukit Puteri dan sudah tentu Pasar Kedai Payang.
Bertemu wajah dengan Laut China Selatan dan muara Sungai Terengganu, pasar itu diberi nama mengikut perahu payang yang dikemudi nelayan.