160 Ahli Parlimen selesai bahas titah diraja

Iklan
Seramai 160 ahli Parlimen selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang bermula 27 Februari hingga Khamis.Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 160 ahli Parlimen selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang bermula 27 Februari hingga Khamis.

Pelbagai isu dibangkitkan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepanjang dua minggu sidang Dewan Rakyat berlangsung termasuk pendidikan, ekonomi, kos sara hidup, pelancongan serta pembangunan Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, menteri berkaitan akan menjawab segala isu yang dibangkitkan selama empat hari bermula Isnin (11 Mac).

Dalam pada itu, antara yang mencuri tumpuan pada minggu kedua persidangan adalah usul untuk menggantung Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

Iklan

Bagaimanapun, sebelum usul itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Wan Saiful memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri.

Susulan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menarik balik usul berkenaan.

Iklan

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 ini berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac depan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!