DARWIN Nunez meledak gol di setiap babak ketika Liverpool membelasah Sparta Praha 5-1 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Europa di Prague, Czechia pada awal pagi Jumaat.
Tiga lagi gol The Reds disumbangkan Alexis Mac Allister menerusi penalti di awal permainan dan Luis Diaz di pertengahan babak kedua, sebelum Dominik Szoboszlai melengkapkan kemenangan satu minit sebelum wisel penamat ditiupkan.
Gol Sagu hati tuan rumah diperolehi menerusi jaringan sendiri Conor Bradley di awal babak kedua.
Ia juga sentuhan pertamanya selepas dibawa masuk menggantikan Joe Gomez yang cedera.
Kemenangan dilakar skuad kendalian Jurgen Klopp - satu daripada empat pasukan Britain yang masih bersaing dalam pertandingan itu sudah dijangka berbanding Brighton, West Ham dan Rangers berdepan aksi pusingan 16 terakhir yang sukar.
Keputusan di Prague menyaksikan The Reds masih dalam pemburuan untuk merebut empat kejuaraan pada musim terakhir Kloop sebagai pengurus di Anfield.
Selepas memenangi Piala Liga Inggeris (EFL), The Reds mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) selain mara ke suku akhir Piala FA.
Liverpool menyasar untuk memastikan tempat pada undian suku akhir 15 Mac ini, yang turut mendedahkan identiti bakal lawan mereka pada separuh akhir.
Terdapat prospek mereka mungkin bertembung dengan Leverkusen, yang menikmati kempen menakjubkan di bawah kendalian bekas pemain tengah Liverpool, Alonso.
Tidak kalah sepanjang musim, pemenang Piala UEFA 1988 itu 10 mata di puncak Bundesliga dengan berbaki 10 perlawanan.
Selepas aksi Liga Europa, Liverpool melayan kunjungan Manchester City di Anfield yang menyaksikan kedua-dua pasukan dipisahkan dengan hanya satu mata.
Liverpool perlu mengelak kekalahan, manakala City berpotensi merampas status pendahulu dengan kelebihan dua mata untuk mengumpul 63 mata sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan di gelanggang keramat The Reds.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!