Wooi Yik-Aaron harap tuah gelanggang Olimpik

Iklan
Wooi Yik (kiri) dan Aaron menjadi wakil tunggal negara dalam aksi suku akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis. Foto Agensi

PEMAIN beregu negara, Soh Wooi Yik berharap dapat mengekalkan momentum positif setelah mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Perancis.

Wooi Yik bersama pasangannya, Aaron Chia menumpaskan gandingan Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-16, 21-18 pada pusingan kedua di Arena Porte de la Chapelle di Paris awal pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Malah Wooi Yik juga berharap Arena Porte de la Chapelle yang akan menjadi gelanggang rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 mampu membawa tuah buat mereka.

Pasangan nombor lima dunia itu bagaimanapun perlu memperagakan tentangan luar biasa apabila dijadual menentang gandingan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dalam pertarungan suku akhir lewat petang ini.

Iklan

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas dalam pertarungan tiga set di suku akhir Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Menjelang saingan tersebut, Aaron melihat mereka perlu membaiki beberapa kelemahan untuk memberi saingan kepada juara dunia itu.

Iklan

"Kami bermain dengan baik dalam aksi ini cuma set kedua ada sedikit hilang fokus tetapi kami berjaya mengatasinya sebelum memenangi perlawanan.

"Namun ada beberapa perkara yang kami perlu perbaiki sebelum perlawanan seterusnya," ujar Aaron.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28