PM seru rakyat lakukan perubahan, angkat martabat dan darjat negara

Iklan
Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk meletakkan negara ini ke tingkat lebih tinggi dan maju dari sekarang.

Iklan
Iklan

"Kepada yang sedang bertugas, berjuang dan bekerja dalam mengukir nama negara di pentas dunia, teruskanlah usaha murni ini,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia menjadikan negara ini lebih hebat dan membanggakan untuk diwarisi anak cucu-cicit pewaris negara. - Bernama

Iklan
Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28