Tayar pesawat United Airlines tercabut

Iklan
Foto tular menunjukkan tayar tertanggal selepas pesawat berlepas. Agensi

SAN FRANCISCO - Sebuah pesawat Boeing 777 membawa lebih 200 penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas salah satu tayarnya tercabut dan terjatuh di kawasan parkir Lapangan Terbang San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Berdasarkan rakaman tular di media sosial sejak Jumaat, tayar pesawat United Airlines itu tertanggal beberapa saat selepas berlepas dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Tayar tersebut kemudiannya melantun ke kawasan parkir sekali gus menyebabkan beberapa buah kereta milik pekerja lapangan terbang mengalami kerosakan.

Namun, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa serta kawasan parkir ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan.

Iklan

"Kami berterima kasih kepada juruterbang dan pramugari kami atas profesionalisme mereka dalam menguruskan situasi ini.

"Kami juga berterima kasih kepada pasukan kami di lapangan terbang yang menunggu untuk memindahkan pesawat sejurus ia mendarat dan membantu penumpang semasa mendarat," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan sama, penerbangan itu dilencongkan ke Los Angeles dan mendarat dengan selamat, manakala penumpang dijangka meneruskan perjalanan pada hari yang sama.

Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan, pesawat Boeing 777 mempunyai enam roda dan ia direka khas untuk mendarat dengan selamat jika terdapat sesuatu yang hilang atau rosak.

Boeing ketika ini mendapat kecaman mengenai kualiti pesawatnya yang mana sebelum ini, pintu pesawat Boeing 787 Max telah tercabut ketika terbang.

Tiada sebarang kecederaan berlaku, namun operasi kesemua pesawat tersebut telah digantung selama 19 hari. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28