Ops Tiris: KPDN sita minyak diesel bersubsidi RM5.391 juta

Iklan
KPDN menyita sejumlah 2.264 juta minyak diesel bersubsidi bernilai RM5.391 juta dalam Ops Tiris pada 1 Januari hingga 6 Mac lalu.

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita sejumlah 2.264 juta minyak diesel bersubsidi bernilai RM5.391 juta dalam Ops Tiris pada 1 Januari hingga 6 Mac lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, berdasarkan statistik penguatkuasaan itu, sebanyak 9,093 premis telah diperiksa di seluruh negara dengan 245 kertas siasatan dibuka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan sebagainya bernilai RM12,461,938 menjadikan jumlah keseluruhan sitaan bagi kes-kes membabitkan diesel ialah RM17,853,344 juta.

KPDN Selangor bersama PDRM menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan yang dilakukan di daerah Sungai Besar pada Selasa lalu.

Beliau berkata, terkini, KPDN Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan yang dilakukan di daerah Sungai Besar pada Selasa lalu.

Iklan

"Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut ke atas keseluruhan premis itu, pasukan penguat kuasa telah menyita sejumlah 24,875 liter minyak diesel dan peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan.

Individu yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Premis terlibat disyaki menjadi stor haram tempat penyimpanan serta pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan dan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM187,350.

Iklan

Dalam pada itu, Armizan berkata, KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

KPDN memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan ditetapkan.

Ujarnya, individu yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Selain itu, individu atau syarikat terlibat juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

"Ia melibatkan kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat pelucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak kementerian,” katanya lagi.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28