BANDARAYA GAZA - Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Jumaat malam.
Jurucakap kementerian Ashraf al-Qudra berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Al-Shifa, menjadikan jumlah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan kepada 23 orang sejak 7 Oktpber lepas, lapor Agensi Anadolu.