Waktu puncak trafik antara 5 hingga 6 petang pada Ramadan - PLUS

Iklan
PLUS jangka waktu puncak trafik antara 5 hingga 6 petang sepanjang Ramadan.

SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan trafik harian berada di tahap tertinggi antara jam 5 hingga 6 petang setiap hari waktu bekerja sepanjang Ramadan ini.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, pihaknya menyarankan semua pengguna lebuh raya dapat merancang perjalanan mereka dan mengelak daripada bergerak pada waktu puncak untuk lebih keselesaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PLUS akan mengambil beberapa langkah merangkumi persediaan operasi di plaza tol, lebuh raya dan kawasan rehat bagi membantu melancarkan pergerakan orang ramai untuk pulang berbuka puasa.

"Langkah-langkah tersebut termasuk menyediakan alat bantuan mudah alih pembaca pembayaran tol dan semua lorong masuk serta keluar di plaza tol beroperasi sepenuhnya.

Iklan

"Semua kerja penyelenggaraan yang dijalankan di plaza tol juga ditamatkan sebelum jam 4.30 petang bagi mengelakkan sebarang gangguan kelancaran.

PLUS akan memastikan semua kemudahan awam di kawasan R&R beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan yang tinggi semasa waktu puncak.

Mengulas lanjut, menurut PLUS, pihaknya juga akan memastikan semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan yang tinggi semasa waktu puncak.

Iklan

Tambahnya, PLUS turut mengingatkan pengguna lebuh raya supaya memastikan kad Touch ‘n Go atau e-dompet bagi mereka yang menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sentiasa mempunyai baki mencukupi.

"Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan dan mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

"Secara alternatif, pengguna boleh mengikuti laporan trafik terkini menerusi aplikasi X @PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, saluran radio utama negara serta papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.

"Orang ramai turut disaran menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik,” ujarnya.