Kru bot nelayan hilang masih belum ditemui

Iklan
Anggota Maritim Malaysia yang terlibat dalam operasi Carilamat meninju keadaan di kawasan pencarian bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot pada petang Jumaat. - Foto Maritim Malaysia. Gambar kecil: Mohamad Sufian

MERSING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Mersing meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kru bot nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika menarik pukat di lokasi kira-kira 3.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.10 petang membabitkan mangsa Mohamad Sufian Alwi, 32.

Iklan
Iklan

"Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) diaktifkan pada jam 5 petang, untuk mengesan mangsa yang dilihat memakai seluar pendek berwarna hijau dan tidak berbaju.

Menurut Nurul Hizam, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Pejabat Zon Maritim Mersing di mana kawasan pencarian dipecahkan kepada empat sektor dengan keluasan 74 batu nautika persegi.

Iklan

"Maritim Malaysia mengingatkan seluruh komuniti maritim agar mengutamakan keselamatan terutama ketika berada di laut dalam cuaca buruk dan tangguhkan dahulu sebarang aktiviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

"Sebarang maklumat, aduan dan serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-2199401 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," ujarnya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28