Yayasan Bank Rakyat sumbang RM50,000 bantuan persekolahan di Kuching

Iklan
Fadillah (lapan dari kiri) menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di DUN Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.

KUCHING – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM50,000 di sekitar Kuching bagi sesi persekolahan yang bakal bermula 11 Mac ini.

Bantuan ini melibatkan 500 murid di sekitar Kuching terdiri daripada murid sekolah rendah dan menengah daripada kalangan asnaf dan keluarga B40 dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Bank Negara Malaysia Kuching.

Iklan
Iklan

Simbolik replika cek bantuan telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Institut Dewan Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya, Kuching.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman; ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; ADUN Satok, Datuk Ibrahim Baki serta Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Iklan
Fadillah (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf di DUN Petra Jaya, Kuching pada Sabtu.

Philip berkata, bantuan ini sememangnya dapat meringankan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak bagi sesi persekolahan yang baru.

"Saya amat menyokong inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan dan semoga bantuan ini akan membantu lebih ramai pelajar di masa akan datang," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan di sini pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu Syaiful berkata, jumlah bantuan yang disalurkan kepada murid-murid ini adalah kecil namun ia diharapkan memberi sedikit kegembiraan buat mereka dan sabagai tanda kasih sayang dan ingatan YBR kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Semoga bantuan ini menjadi pencetus untuk murid-murid merasa seronok untuk ke sekolah serta mendapat pendidikan yang sama rata sama seperti yang lain,” katanya,

Bagi tahun 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi.