Asif Ali Zardari dipilih Presiden Pakistan buat kali kedua

Iklan
Asif Ali Zardari. Foto Reuters

NEW DELHI - Ahli perniagaan dan veteran politik Pakistan, Asif Ali Zardari pada Sabtu dipilih sebagai presiden negara itu buat kali kedua.

Zardari, 68, memenangi pilihan raya presiden mengalahkan calon pembangkang, Mahmood Khan Achakzai.

Iklan
Iklan

Beliau disokong oleh pakatan yang merangkumi Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N).

Achakzai pula disokong oleh Sunni Ittehad Council (SIC), sebuah gabungan politik yang juga disertai Ahli Parlimen dari parti Tehreek-e-Insaf Pakistan pimpinan Imran Khan.

Iklan

Presiden Pakistan dipilih melalui undi tidak langsung dengan Kolej Elektoral terdiri daripada Ahli Parlimen dan dewan undangan wilayah.

Zardari pernah berkhidmat sebagai presiden Pakistan antara tahun 2008 dan 2013. - Bernama

Iklan