Dua gol penalti bantu United atasi Everton

Iklan
Fernandes letak United di depan. Foto Agensi

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United kembali semula meraih kemenangan selepas menewaskan Everton, 2-0 dalam perlawanan di Stadium Old Trafford pada Sabtu.

Jaringan penalti daripada Bruno Fernandes minit ke-12 diikuti Marcus Rashford minit ke-36 membolehkan Manchester United kendalian Erik ten Hag kembali meraih tiga mata penting.

Iklan
Iklan

Keputusan itu juga menyaksikan Everton kendalian Sean Dyche melebarkan rentak kekalahan kepada 11 perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris.

Biarpun berjaya meraih tiga mata, namun anak buah Ten Hag pula gagal memanfaatkan serangan dalam bentuk jaringan apabila dua gol hadir menerusi kekasaran terhadap Alejandro Garnacho.

Iklan

"Setiap perlawanan anda perlu menang, jadi setiap perlawanan mesti dimenangi. Garnacho sedang berkembang dengan baik dan kami sangat gembira dengan ini kerana memberi kesan kepada penonton.

"Kami boleh menjaringkan tiga atau empat gol dan bertahan dengan sangat baik tetapi dalam pembentukan serangan kami boleh melakukan lebih baik lagi," kata Ten Hag.

Iklan

The Red Devils sebelum ini tewas 1-3 ketika berkunjung ke laman jiran tetangga Manchester City yang menyaksikan kekalahan menyisihkan mereka dari pemburuan slot Liga Juara-Juara musim depan.

November lalu, gol Garnacho, Marcus Rashford dan Anthony Martial membolehkan The Red Devils menang 3-0 di Stadium Goodison Park.

Dalam enam perlawanan liga terakhir mereka, Manchester United menang empat dan kalah dua manakala Everton pula seri empat dan kalah dua dalam enam perlawanan terakhir mereka.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28