Tiga beradik, dua rakan sesat di Bukit Penarikan, Bahau

Iklan
Tiga beradik dan dua rakan yang dilaporkan sesat di Bukit Penarikan, Bahau dekat sini selamat ditemukan pada jam 2.50 petang tadi. Foto hiasan

JEMPOL - Sekumpulan pendaki terdiri daripada tiga adik-beradik dan dua rakan mereka yang dilaporkan sesat di Bukit Penarikan, Bahau dekat sini selamat ditemukan pada jam 2.50 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1.50 tengah hari mengenai insiden empat wanita dan seorang lelaki yang memulakan pendakian pada 8 pagi gagal menemukan laluan mendaki di kawasan itu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, enam anggota polis, tujuh petugas bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu pencarian mangsa yang berusia lingkungan 14 hingga 21 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan.

"Kesemua mangsa berjaya diselamatkan serta ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Iklan

Chang Hook berkata, operasi menyelamat tamat pada jam 3.15 petang dan kesemua pendaki telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. - Bernama

Iklan