Menunggu nasib tujuh sekawan wakil rakyat Bersatu

Iklan
Nasib tujuh sekawan wakil rakyat Bersatu dinanti-nantikan oleh pihak terlibat.

ISNIN ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar keputusan pindaan perlembagaan parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi mendapat kelulusan pelucutan keahlian wakil rakyat parti yang menyokong pihak bertentangan atau musuh.

Dokumen pindaan tersebut akan dibawa oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta pimpinan tertinggi ke pejabat RoS.

Iklan
Iklan

Menanti pertimbangan serta keputusan jabatan pendaftaran itu kelak, pelbagai spekulasi mula bertebaran di laman sosial serta mendapat perhatian pihak tertentu.

Namun sehingga saat ini, teka-teki masih belum terjawab sama ada enam kerusi Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Bersatu perlu dikosongkan atau tidak.

Iklan

Apa juga keputusan RoS itu nanti bakal menjadi rujukan kepada parti-parti politik lain seandainya langkah sama dilakukan ahli mereka kelak.

Namun sudah pasti tujuh wakil rakyat Bersatu terlibat tidak akan hanya berdiam diri, malah seorang daripadanya sedia untuk mencabar keputusan berkenaan di mahkamah seandainya ia diluluskan RoS.

Iklan

Melihat kepada situasi ini sudah pasti keputusan RoS dan nasib tujuh sekawan itu dinanti-nantikan oleh pihak terlibat.

Sedang Perikatan Nasional (PN) berusaha untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu menuju pilihan raya umum (PRU) akan datang, situasi sebegini sudah pasti memberi sedikit impak terhadap rancangan dan susun atur gerak kerja mereka kelak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!