Bersatu nafi berdepan krisis kepimpinan, perlembagaan parti
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari berpaling tadah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini bukanlah satu petanda parti berkenaan berdepan dengan krisis kepimpinan mahu pun perlembagaan.
Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebaliknya menegaskan kesemua ahli dan pucuk kepimpinan parti itu masih lagi mengekalkan kesetiaan dan keyakinan terhadap ketokohan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memandu Bersatu mengharungi kemelut dalaman parti.
Mas Ermieyati memaklumkan PAC memilih untuk mengadakan Prosiding Pengurusan Pembangunan Hartanah LADA yang diambil daripada LKAN Tahun 2022: Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun Persekutuan, hari ini. - Foto Bernama