Agensi keselamatan AS sertai siasat pesawat Ukraine di Iran

Iklan
Serpihan pesawat penumpang Ukraine yang terhempas di Tehran, Iran, awal pagi kelmarin. - Foto Reuters

WASHINGTON - Agensi keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia telah menerima jemputan Teheran untuk menyertai siasatan berhubung nahas pesawat Ukraine yang terhempas di Iran, lapor agensi berita Rusia Sputnik.

"Pusat Operasi Respons Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) telah menerima pemberitahuan rasmi daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat (AAIB) Pertubuhan Penerbangan Awam Iran berkaitan nahas penerbangan PS 752 Ukrainian International Airlines... NTSB telah melantik seorang wakil bertauliah dalam siasatan nahas itu yang membabitkan sebuah pesawat jenis Boeing 737-800.

Beberapa anggota keselamatan Iraq mengumpulkan serpihan peluru berpandu di pangkalan Ain al-Asad di Iraq yang dihujani 15 misil Iran semalam. - Foto AFP

Iklan
Iklan
Iklan

"AAIB Iran merupakan agensi penyiasatan utama dan segala soalan mengenai siasatan nahas itu perlu diajukan kepadanya," menurut kenyataan agensi itu semalam.

Pesawat itu terhempas pada Rabu lalu berhampiran Tehran sejurus berlepas dan menyebabkan 176 orang terkorban. - Bernama

Iklan