Dari pasar lambak ke persada dunia

Iklan
Usaha keras Christy akhirnya berbayar dengan jenama gah dikenali ramai.

NAMA Christy Ng tidak perlu diperkenalkan lagi lantaran kejayaan wanita berusia 37 tahun itu yang membina jenama cukup gah dalam industri pembuatan kasut dan beg lokal.

Lebih membanggakan, pemilik nama sebenar Christina Ng itu sudah memiliki 11 butik dengan kekuatan lebih 70 kakitangan di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Kini beliau melangkah penuh bergaya dan mara ke hadapan dalam mengembangkan sayapnya sekali gus menembusi pasaran dunia melalui Filipina, Brunei dan Singapura.

Untuk mencapai semua kegemilangan tersebut bukanlah mudah. Menurut Christy, beliau terpaksa menebalkan muka dan beranikan diri untuk bersemuka dengan orang ramai.

Iklan

Ramah dan mudah mesra. Pemilik nama sebenar Christina Ng ini percaya wanita mampu berjaya dan lagi hebat.

"Sejak daripada usia sembilan tahun lagi, saya ligat berniaga. Tak kisahlah jual aiskrim, bunga yang diperbuat daripada tiub plastik atau kerja separuh masa di pasar raya dan sebagainya, asalkan saya dapat duit poket.

Iklan

Bagaimanapun, anak sulung daripada dua beradik itu tidak menyangka, kasut yang dibeli disukai ramai rakan-rakan sehinggalah mereka mengesyorkannya untuk menjadi penjual peribadi.

Fokus, rajin, kreatif dengan rekaan lain daripada lain. Itu antara resipi kejayaan Christy Ng untuk kekal relevan dan industri.

"Bermodalkan duit simpanan, saya mula jual kasut di pasar malam dan pasar lambak pada cuti sekolah dan hujung minggu. Bermula dari situ, saya dapat tangkap cita rasa orang ramai.

"Bila ramai suka beli dan kasut laku keras, hati saya sangat gembira. Meskipun sudah bekerja di sebuah syarikat farmaseutikal masa itu, namun bisnes masih berjalan seperti biasa," katanya penuh semangat.

Tidak dinafikan, kekangan masa yang terhad dengan kerjaya hakiki dan urusan jual beli yang diuruskan sendiri membuatkan graduan bioteknologi daripada Universiti Industri Selangor itu perlu bertindak sesuatu.

Sisipan khas sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024

"Jadi, saya tekad untuk berhenti kerja meskipun keputusan itu pada awalnya kurang dipersetujui keluarga," tuturnya.

Bermula daripada hantaran di media sosial, anak jati Kluang, Johor itu kemudian beralih kepada laman web yang lebih terbuka untuk pasaran lokal dan antarabangsa.

"Untuk kekal relevan dan bersaing dengan bijak, saya mencipta design kasut yang lebih premium, selesa dan sesuai dengan selera orang kita.," katanya lagi.

Sisipan khas Sinar Ahad sempena Hari Wanita Antarabangsa 2024 yang menampilkan 10 Wanita Inspirasi Malaysia.

- INFO

Nama: Christy Ng

Jawatan: Pengasas jenama Christy Ng, ahli perniagaan, pereka fesyen kasut dan beg

Pencapaian: Anugerah The Best Rising Star Fashion Category Summit Malaysia x TikTok Shop 2023

Anugerah ShopBack Malaysia Best Retail Rockstar 2023

Anugerah Pereka Fesyen Super Women Nona 2022

SEBA SME & Entrepreneur Youth Icon of the Year 2019

Jangan sesekali ragui kemampuan diri. Itu pesanan Christy kepada semua wanita di luar sana.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28