Murid Tahun Satu naik kereta mainan ke sekolah

Iklan
Abdul Hakim Saifuddin mengikuti sesi pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain pada hari pertama persekolahan.

KOTA BHARU - Gelagat seorang murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Petra 1 di sini, menaiki kereta mainan ke sekolah menjadi perhatian ramai.

Kereta kecil berwarna biru yang ditolak menggunakan kaki itu merupakan kenderaan khas bagi memudahkan pergerakan Abdul Hakim Saifuddin Zulkifli, 7, mengikuti pembelajaran.

Iklan
Iklan

Hal ini kerana, anak bongsu daripada lima beradik itu merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami kecacatan fizikal iaitu Cerebral Palsy.

Kereta kecil berwarna biru yang ditolak menggunakan kaki itu merupakan kenderaan khas bagi memudahkan pergerakan Abdul Hakim Saifuddin mengikuti pengajian.

Ibunya yang juga guru di sekolah tersebut, Siti Fatimah Nurul Naim Hussin berkata, Abdul Hakim Saifuddin sangat teruja untuk hadir ke sekolah pada pagi ini.

Iklan

"Dia bangun seawal jam 3 pagi lagi, siap mandi. Sehinggakan saya minta dia untuk tidur kembali.

"Walaupun dia berbeza daripada murid-murid Tahun Satu yang lain, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk ke sekolah," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Iklan
Pengarah JPN Kelantan, Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz meraikan Abdul Hakim Saifuddin sempena tinjauan hari pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2024/2025 di SK Ismail Petra 1 di Kota Bharu.

Menurut Siti Fatimah Nurul Naim, sejak dari kecil lagi dia telah memberikan kata-kata semangat tanpa putus kepada Abdul Hakim Saifuddin.

Ujarnya, anak bongsunya itu sangat suka ke sekolah sehinggakan semasa tadika walaupun demam dia tetap enggan ponteng.

Gelagat Abdul Hakim Saifuddin ketika menaiki kereta mainan ke sekolah menjadi perhatian ramai.

"Alhamdulillah saya berterima kasih kepada pihak sekolah kerana prihatin terhadap pelajar istimewa apabila beberapa kemudahan mesra OKU telah disediakan.

"Antaranya sinki rendah di kantin, tempat pemegang di tandas dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28