MELAKA - Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan Ramadan minggu ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, gotong-royong dan baik pulih masjid turut dilakukan selepas solat Subuh sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank itu.
Iklan
Iklan
"Selain bertujuan menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut Ramadan, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.
"Dalam kempen khas ini, Bank Muamalat dan kakitangannya bukan sahaja meringankan beban jemaah masjid dengan bergotong-royong, tetapi turut menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Khairul berkata, program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 negeri itu dijalankan hujung minggu ini (9 dan 10 Mac) dan program penutup bakal berlangsung di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kg Air Hitam, Pantai Tg Bidara dijangka dihadiri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini.
Beliau berkata, Bank Muamalat juga akan melaksanakan beberapa lagi program CSR sepanjang Ramadan termasuklah pengagihan bubur lambuk, edaran pek makanan iftar dan lain-lain. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!