Tahanan Palestin dari Gaza jadi mangsa pembunuhan terancang di penjara Israel

Iklan
Tahanan Palestin dari Semenanjung Gaza yang ditahan oleh tentera Israel didakwa menjadi mangsa pembunuhan terancang dan dihukum mati tanpa mengikut prosedur undang-undang, termasuk diseksa hingga maut. Gambar hiasan Bernama

AMMAN - Tahanan Palestin dari Semenanjung Gaza yang ditahan oleh tentera Israel didakwa menjadi mangsa pembunuhan terancang dan dihukum mati tanpa mengikut prosedur undang-undang, termasuk diseksa hingga maut, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med.

Pertubuhan itu menekankan bahawa untuk memastikan pelaku bertanggungjawab, pihak berkuasa kehakiman antarabangsa mesti bertindak dengan melancarkan siasatan segera, termasuk menggali semula kubur mangsa, mengenal pasti identiti, mengembalikan jasad mereka selain membawa keadilan kepada mangsa dan keluarga mereka.

Iklan
Iklan

Di penjara dan kemudahan tahanan Israel, beribu-ribu rakyat Palestin masih ditahan, tertakluk kepada kehilangan secara paksa atau kedua-duanya, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Euro-Med berkata, penjara dan pusat tahanan Israel telah menjadi versi penjara Guantanamo dengan bentuk penyeksaan yang memalukan pernah disaksikan, termasuk pembunuhan, penganiayaan, layanan yang merendahkan martabat dan penafian hak yang paling asas.

Iklan

Pertubuhan itu juga melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan berterusan mengenai pembunuhan yang dilakukan secara sengaja terhadap tahanan Palestin.

Euro-Med merujuk kepada laporan yang diterbitkan oleh akhbar Israel"Haaretz" pada dua hari lepas tentang kematian 27 tahanan dari Gaza sejak 7 Okt akibat penganiayaan atau kekurangan akses kepada penjagaan perubatan semasa mereka ditahan di fasiliti ketenteraan Israel. - Bernama-Petra

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!