Smart Parking: Kuala Pilah ke arah Perbandaran 2035

Iklan
Arul Kumar (tiga, kanan) diberi penerangan mengenai sistem Smart Parking yang dilancarkan baru-baru ini.

KUALA PILAH - Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) melancarkan Sistem Tempat Letak Kenderaan Pintar (Smart Parking) baru-baru ini selaras dengan visi Kuala Pilah ke arah Perbandaran 2035.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, ia bagi memudahkan dan menyelaraskan sistem tempat letak kenderaan di daerah itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, MDKP masih meneruskan penjualan buku kupon parkir bagi memudahkan semua golongan.

Arul Kumar (tiga, kiri) hadir pada majlis pelancaran sistem Smart Parking baru-baru ini.

Menurut beliau, menerusi sistem Jom Parking, ia bukan sahaja memudahkan penduduk tempatan malah menyenangkan pengunjung dari luar Negeri Sembilan kerana sistem itu boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Iklan

"Penggunaan aplikasi ini kini menandakan satu pencapaian penting dalam bidang penyelesaian bandar pintar apabila MDKP dengan kerjasama Govicle Sdn Bhd mengumumkan pelancaran Jom Parking di Negeri Sembilan.

"Saya difahamkan MDKP adalah daerah pertama di negeri ini yang menerima penyelesaian tempat letak kereta yang inovatif ini. Penduduk dan pengunjung kini akan mengalami kemudahan lancar teknologi tempat letak kereta pintar," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, antara kelebihan Jom Parking ialah tiada lagi kesulitan untuk menyediakan wang tunai untuk berurusan dengan meter letak kereta.

"Sistem ini membolehkan pengguna membayar tempat letak kereta melalui telefon pintar mereka, menjadikan proses itu cepat, mudah dan tanpa kerumitan.

"Ia juga dapat menjimatkan masa tanpa perlu beratur panjang dan mencari kupon letak kereta, selain membolehkan pengguna memanjangkan tempoh tempat letak kereta mereka dari jauh, jadi mereka boleh menumpukan pada aktiviti mereka tanpa perlu risau untuk tinggal lebih masa," katanya.

Tambah Arul Kumar, antara kebaikan lain yang dapat dilihat melalui pelaksanaan aplikasi itu ialah ia menyokong persekitaran yang lebih hijau dengan mengurangkan keperluan untuk kupon gores fizikal, selain mempromosikan transaksi digital, sekali gus menyumbang kepada komuniti yang lebih mampan dan mesra alam.

"Pihak penguat kuasa MDKP hanya perlu mengimbas nombor plat kenderaan menggunakan aplikasi atau peranti khas, dan boleh melihat status parkir kenderaan itu sekali gus dapat memudahkan urusan mereka," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28