Ramadan: JAIM kenal pasti lebih 10 lokasi tumpuan 'geng plastik hitam'

Iklan
Umat Islam yang didapati tidak berpuasa dan makan di tempat awam akan ditangkap anggota penguat kuasa JAIM manakala peniaga yang menjual makanan kepada golongan itu juga akan diambil tindakan. - Gambar hiasan

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengenal pasti lebih 10 lokasi tumpuan 'geng plastik hitam' atau kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan ini di sekitar negeri itu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, justeru pemantauan dan pemeriksaan lebih ketat serta berkala akan dilaksanakan sepanjang Ramadan bermula awal pagi sehingga tengah hari khususnya di lokasi tumpuan kaki ponteng puasa menerusi Op Cegah Jenayah Syariah.

Iklan
Iklan

"Menerusi operasi berkenaan, umat Islam didapati tidak berpuasa dan makan di tempat awam akan ditangkap anggota penguat kuasa JAIM, manakala peniaga yang menjual makanan kepada golongan itu juga akan diambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan Peringkat Melaka 2024 yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Iklan

Rahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti atau lokasi"geng plastik hitam" boleh menyalurkannya kepada pihak JAIM agar tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan.

Pada Ramadan tahun lepas katanya, sebanyak 96 kaki ponteng puasa ditahan sepanjang pelaksanaan Op Cegah Jenayah Syariah berbanding 41 orang dalam tempoh sama pada 2022. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28