India hantar pulang pelarian Myanmar

Iklan
Kerajaan India akan menghantar pulang pelarian Myanmar secara berperingkat. Foto Agensi

NEW DELHI - Kerajaan India mula menghantar pulang kumpulan pertama pelarian Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu selepas rampasan kuasa tentera pada 2021.

Pada masa sama, India akan menghantar beberapa kumpulan pelarian dalam tempoh beberapa hari akan datang selepas merancang untuk menamatkan dasar sempadan bebas visa dengan Myanmar.

Iklan
Iklan

Ribuan orang awam dan ratusan tentera dari Myanmar telah melarikan diri ke negeri-negeri di India kerana kedua-dua negara berkongsi hubungan etnik dan kekeluargaan.

"Kumpulan pertama warga Myanmar yang memasuki India secara haram dihantar pulang pada Ahad," kata Ketua Menteri negeri Manipur, N Biren Singh.

Iklan

Menurut dokumen kerajaan yang dilihat Reuters, Manipur merancang untuk menghantar balik sekurang-kurangnya 77 pelarian bermula Jumaat.

Sebelum ini, negeri itu dilanda keganasan yang membunuh 200 orang sejak pertempuran etnik yang tercetus pada Mei tahun lalu.

Iklan

Biren berkongsi klip video di X menunjukkan beberapa pelarian wanita dibawa keluar dari van keselamatan dan dibawa masuk ke lapangan kapal terbang.

New Delhi tidak pernah menandatangani Konvensyen Pelarian PBB 1951 yang menyatakan hak pelarian dan tanggungjawab melindungi mereka serta tidak mempunyai undang-undang mengawal selia pelarian. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28