Biden makin hilang sabar dengan Netanyahu

Iklan
Biden (kiri) kecewa dengan tindakan Netanyahu yang berterusan mengarahkan tentera Israel membedil Gaza. Foto Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semakin lantang mengkritik Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila mengakui perang Gaza lebih merugikan daripada membantu negara itu.

Kenyataan itu dibuat berikutan ketidaksabaran Biden terhadap tindakan Israel yang melampaui batas apabila sewenang-wenangnya mengebom penduduk Gaza tanpa menghiraukan gesaan negara global.

Iklan
Iklan

Susulan krisis kemanusiaan Gaza kian meruncing dan kumpulan sayap kiri Biden semakin menekan, beliau dilihat membuat kenyataan bercanggah mengenai soal ‘garis merah’ atau had batas berhubung ancaman Israel untuk menyerang Rafah di selatan Gaza.

"Netanyahu mempunyai hak untuk mempertahan Israel, hak untuk menyerang Hamas tetapi dia harus lebih memberi perhatian kepada nyawa yang tidak bersalah atas tindakan yang diambilnya.

Iklan

"Pada pandangan saya, dia lebih menyakiti Israel daripada membantu negara tersebut,” kata Biden.

Mengenai pencerobohan terbaharu Israel ke atas Rafah, dengan kira-kira 1.5 juta mendapatkan perlindungan di wilayah berkenaan, Biden dilihat agak berbelah bahagi.

Iklan

"Ia adalah garis merah.

"Saya tidak akan meninggalkan Israel kerana mempertahankan Israel adalah penting.

"Saya mahu memotong semua senjata supaya mereka (Israel) tidak mempunyai Iron Dome untuk melindungi mereka,” ujar pemimpin anggota Parti Demokrat berusia 88 tahun itu.

Biden turut menekankan mengenai had garisan merah supaya tidak menyebabkan 30,000 lagi rakyat Palestin terbunuh.

Dalam ucapan di Dewan Perwakilan pada Khamis, Biden menyatakan, beliau memberitahu Netanyahu bahawa mereka perlu mengadakan pertemuan untuk kembali kepada haluan sebenar. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28