Pengendali otai lepas jawatan selepas bawa kelab separuh akhir

Iklan
Warnock ketika hadir ke bumi Aberdeen Februari lalu. Foto Agensi

NEIL Warnock meletak jawatan sebagai pengendali sementara Aberdeen selepas hampir sebulan berkhidmat setelah membawa kelab Liga Perdana Scotland itu ke separuh akhir Piala Scotland.

Aberdeen adalah pasukan ke-20 dikendali Warnock dalam kerjaya pengurusan yang menjangkau lebih empat dekad termasuk tugasan di Sheffield United, Crystal Palace, Leeds United dan Queens Park Rangers.

Iklan
Iklan

Pengendali berusia 75 tahun itu menggantikan Barry Robson yang dipecat bulan lalu - pengurus keempat dipecat Aberdeen dalam tempoh empat tahun lalu.

Aberdeen memenangi dua perlawanan piala sepanjang di bawah Warnock, namun gagal menyerlah dalam enam perlawanan terakhir liga.

Iklan

The Don's itu berpangkalan di Stadium Ground Pittodrie kini berada tempat ke-10 dalam Liga Perdana Scotland.

Sementara itu, Warnock menyifatkan pemergiannya adalah keputusan bersama selepas Aberdeen menang 3-1 ke atas Kilmarnock di Stadium Ground Pittodrie.

Iklan

"Tidak perlu dikatakan bahawa saya berharap dapat mengumpul beberapa lagi kemenangan liga sepanjang musim ini.

"Tetapi saya amat gembira dapat membantu kelab Aberdeen ke separuh akhir Piala Scotland," kata Warnock dalam satu kenyataan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28