SELEPAS pencarian selama dua bulan, pertandingan Win the Icon berakhir apabila guru berusia 28 tahun, Muhamad Rizal Sadiman dinobatkan sebagai pemenang.
Muhamad Rizal yang berasal dari Perak membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Volkswagen Beetle 1.2TSI.
Peraduan yang berlangsung pada 1 Oktober hingga 30 November 2019 itu menerima 800 penyertaan berupa foto dan video.
Para peserta yang menyertai pertandingan tersebut perlu melakukan sesi pandu uji model Volkswagen kegemaran dan mendokumentasikan pengalaman masing-masing.
Penyertaan disertakan kapsyen paling kreatif dengan hashtag #BetterExperiencedThanExplained akan dipilih sebagai pemenang.
Rizal yang berkesempatan memandu uji model Polo dan Tiguan berkata, Volkswagen telah memberikan pengalaman sebenar dalam pemanduan yang sukar untuk dijelaskan.
"Keselamatan menjadi keutamaan buat saya memandangkan saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya dua tahun lepas akibat kegagalan pada sistem brek.
"Menerusi video yang saya muat naik sebagai syarat penyertaan, saya menunjukkan prestasi Tiguan ketika jentera tersebut melakukan brek kecemasan dan saya benar-benar kagum dengan keupayaannya.
"Sementara Polo pula menjadi salah satu kenderaan kegemaran kami sekeluarga,” ujar Rizal.