Slot Eropah mula gamit Tottenham

Iklan
Maddison meletakkan Tottenham memimpin permainan pada minit ke-50. - Foto: Agensi

TOTTENHAM Hotspur menjaringkan empat gol dalam aksi dominan separuh masa kedua untuk menewaskan Aston Villa 4-0 di Villa Park sekaligus meletakkan kelab London itu mengisi kelompok kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kemenangan ke-16 selepas mengharungi 27 perlawanan menyaksikan angkatan Ange Postecoglou berada dalam kelompok lima teratas dengan 53 mata, dua mata di belakang Aston Villa di tangga keempat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun pasukan pelawat hanya menyerlah pada separuh masa kedua dengan gol voli James Maddison minit ke-50 sebelum Brennan Johnson memanfaatkan kesilapan mudah jentera Villa tiga minit kemudian.

Harapan pesaing dari Birmingham asuhan Unai Emery untuk kembali semula dalam permainan samar selepas tonggak tengah John McGinn dilayangkan kad merah minit ke-65 selepas mengasari pertahanan Spurs, Destiny Udogie.

Iklan

Kekurangan Villa itu dimanfaatkan sepenuhnya Tottenham apabila menjana dua lagi gol yang dihasilkan kapten Spurs, Son Heung-min dan pemain gantian Timo Werne pada masa kecederaan untuk kemenangan 4-0.

Ini kemenangan pertama Tottenham di tempat lawan menentang pasukan yang berada di atas mereka dalam kedudukan liga sejak Februari 2022 ketika menang 3-2 ke atas Manchester City.

Iklan

Bagi Emery pula ini kekalahan pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham, setelah tidak tewas dalam enam perlawanan pertama menentang kelab London dalam pertandingan itu (empat menang, dua seri), dengan tiga daripadanya semasa mengendalikan Villa.