Indeks harga makanan dunia turun
Iklan
SHAH ALAM - Penanda aras bagi harga komoditi makanan dunia termasuk beras dan gandum terus menurun untuk bulan ketujuh berturut-turut pada Februari lalu.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) iaitu agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia didorong oleh sebut harga antarabangsa yang lebih rendah untuk semua bijirin utama kerana mengimbangi kenaikan harga gula dan daging.