'Healing' di Payo Campsite

Iklan
Suasana malam di Payo Campsite, Johol, Kuala Pilah.

KUALA PILAH - Suasana tenang dan menyegarkan dek kehijauan alam semula jadi dengan bunyi aliran air sungai yang mendamaikan pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melihat ingin menetap di situ.

Lebih menarik apabila ditambah dengan pengalaman berkhemah di persekitaran kampung dan dusun yang bersih serta terkawal dilengkapi dengan fasiliti seperti surau terbuka, tandas, bilik air, sinki, plugpoint dan tempat barbeku.

Iklan
Iklan

Itu pengalaman yang bakal menanti pengunjung Payo Campsite, Kampung Renggoh, Johol di sini.

Payo Campsite Johol, Kuala Pilah.

Bukan itu sahaja, lokasi ini sesuai bagi orang ramai yang mahu menghilangkan lelah dan healing dengan menjalankan aktiviti di sungai, mini theme park, memanah, catur, badminton, bola tampar, catur, karom dan hammock.

Tapak perkhemahan di Johol tawar suasana kampung dan dusun.

Iklan

Menggunakan tanah adat yang terbiar seluas 2.4 hektar ini, pengusaha dan juga pemilik Payo Campsite, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad dan suami, Zulfahmi Azri Zulkapli ternyata bijak memanfaatkan sepenuhnya lokasi ini.

Siti Murni berkata, idea untuk membuka Payo Campsite ini tercetus selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman sebelum ini mengalu-alukan mana-mana pihak untuk memajukan tanah adat yang terbiar di kawasan Johol.

Siti Murni

Iklan

"Kawasan Johol ini jauh dari bandar. Jadi saya merasakan kawasan ini boleh dijadikan tempat rehat dan membolehkan orang ramai melakukan aktiviti riadah serta dekat dengan alam semula jadi," katanya.

Menurutnya, lokasi tapak kem hanya mengambil masa satu jam dari Seremban dan dua jam dari Kuala Lumpur.

Kanak-kanak pasti teruja melihat sungai yang ada di Payo Campsite.

"Payo Campsite ini dibuka pada bulan Mei tahun lalu dengan persekitaran adalah terkawal oleh petugas dan sudah tentu keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami.

"Selain sewaan untuk tapak perkhemahan, Payo Campsite juga menawarkan pelbagai pakej menarik bagi penganjuran aktiviti serta acara," katanya.

Semua jenis khemah ada disediakan di Payo Campsite dengan harga bersesuaian dan mampu milik.

Beliau berkata, pengunjung juga tidak perlu bersusah payah mengangkut khemah sendiri serta segala kelengkapan lain kerana di Payo Campsite semuanya sudah tersedia untuk dipilih mengikut kehendak masing-masing.

Suasana di Payo Campsite, Johol, Kuala Pilah.

"Sama ada bercuti sendiri, berdua, mahu pun datang bersama keluarga, semua jenis khemah ada disediakan di sini dengan harga bersesuaian dan mampu milik.

Barbeku adalah antara aktiviti wajib jika berkunjung ke sini.

"Untuk pengunjung yang sukakan aktiviti lasak, kita juga menyediakan trek aktiviti permotoran," katanya.

Ujar Pengerusi Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) itu lagi, selain tapak perkhemahan, lokasi Payo Campsite juga sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan, pertunangan dan pelbagai keraian lagi.

Majlis perjumpaan yang sering diadakan di Payo Campsite, Johol, Kuala Pilah.

"Jadi kepada pengunjung yang inginkan kelainan bolehlah datang ke sini dan merasai keseronokan berdamai dengan alam sekitar," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28