Resolusi PN gambarkan situasi kurang sihat
Iklan
SHAH ALAM - Resolusi ke-19 dan ke-20 yang disepakati dalam Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) didakwa bukan perkara baharu malah ia menggambarkan situasi kurang sihat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi mendakwa situasi kurang sihat itulah punca tujuh wakil rakyat blok berkenaan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor.