Mac Allister selamatkan Liverpool di Anfield

Iklan
Mac Allister. Foto Agensi

JARINGAN sepakan penalti Alexis Mac Allister memastikan Liverpool bangkit mengikat penyandang juara Manchester City 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield pada Ahad.

Manchester City kendalian Pep Guardiola bermula garang apabila John Stones menterjemahkan sepakan sudut Kevin De Bruyne pada minit ke-23 untuk memimpin separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

Separuh masa kedua, jentera depan Jurgen Klopp meningkatkan tekanan menyaksikan Ederson mengasari Darwin Nunez membolehkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Mac Allister pada minit ke-50.

Satu mata di laman sendiri itu menyaksikan Liverpool mengumpul 64 mata untuk kedudukan kedua liga, satu mata mengatasi Manchester City ketiga.

Iklan

Keputusan di Anfield merupakan kali kedua dalam tiga musim terakhir, Liverpool dan Manchester City seri dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2021/22 dan 2023/24.

Anak buah Klopp selepas ini akan melayan kunjungan kelab Czech, Sparta Prague dalam pusingan 16 terbaik Liga Europa di Anfield pada awal pagi Jumaat ini.

Iklan

Sementara itu, Manchester City pula yang tidak tewas dalam 21 perlawanan dalam semua pertandingan, bersiap sedia melayan kunjungan Newcastle United di Stadium Etihad untuk suku akhir Piala FA pada awal pagi Ahad.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28