SINGAPURA - Seorang rakyat Singapura didakwa di Australia kerana mengimport anak patung seks dari China.
Lelaki berusia 26 tahun yang berada di negara itu menggunakan visa pelajar ditahan di Perth selepas pegawai sempadan memintas bungkusan tersebut di sebuah depot kargo udara pada malam Krismas lalu.
Iklan
Iklan
Menurut Pasukan Sempadan Australia, kiriman itu diimbas sebelum ini menemui anak patung seks silikon.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin bersyarat dan perlu hadir ke Mahkamah Majistret Perth pada 17 Januari.
Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum penjara 10 tahun atau denda sebanyak 486,500 dolar Singapura (RM1.4 juta) atau kedua-duanya sekali.
Tahun lalu, kerajaan Australia memperkenalkan undang-undang yang menghalang pemilikan anak patung seks dan individu yang disabitkan bersalah boleh dipenjara sehingga 15 tahun. - Agensi
Artikel Berkaitan