Kerajaan negeri kawal kenderaan sewa haram Pulau Pangkor

Iklan
Sandrea turut meninjau kawasan tempat letak teksi Pulau Pangkor berhampiran Jeti Pulau Pangkor di sini pada Ahad.d.

LUMUT - Kerajaan negeri Perak akan mengawal kewujudan kenderaan sewa tidak berdaftar di Pulau Pangkor bagi memastikan operasi teksi sedia ada tidak terjejas sekali gus mengawal lalu lintas.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng berkata, pihaknya mengakui terdapat isu lambakan kenderaan sewa tidak berdaftar di pulau peranginan itu

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang sedang diusahakan bagi menyelesaikan isu berkenaan dengan mengambil kira beberapa pilihan seperti dilaksanakan di tempat lain dalam mengawal lambakan kenderaan sewa tidak berdaftar itu.

"Kita nampak dari segi permintaan dalam kalangan pelancong memang ada cuma bagaimana kita nak pastikan semua kenderaan yang membawa pelancong itu berdaftar dan memenuhi kriteria untuk jamin keselamatan pelancong.

Iklan

"Bagi penyelesaian jangka masa pendek, operasi penguatkuasaan yang ada memang dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengurangkan masalah dan kacau ganggu lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas meninjau kemudahan di Jeti Pulau Pangkor di sini pada Ahad.

Sandrea (tiga dari kiri) meninjau keadaan kerusi batu marmar baharu menggantikan kerusi plastik di Jeti Pulau Pangkor di sini pada Ahad.

Sandrea berkata, tahun lalu pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sudah memasang palang laluan di kawasan yang telah diwartakan untuk teksi bagi mengelak kenderaan sewa tidak berdaftar mengambil penumpang.

Iklan

Menurutnya, untuk jangka masa panjang pula, pihaknya akan melihat mekanisme sesuai seperti lesen khas yang dikeluarkan di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Kita juga sedang tengok di tempat-tempat lain yang sama di Pulalu Pangkor seperti di Pulau Langkawi cara bagaimana mereka mengawal kereta sewa dan sebagainya.

"Kita memang sasarkan pelaksanaannya secepat mungkin tetapi setakat ini dalam fasa kajian untuk tengok apa pilihan yang ada dan apa cara yang paling praktikal serta sesuai untuk Pulau Pangkor," katanya.

Sementara itu mengenai isu kerusi tempat menunggu usang seperti yang tular di media sosial, Sandrea menjelaskan penggantian kerusi baharu sedang dilakukan secara berperingkat dan gambar kerusi yang tular merupakan kumpulan terakhir akan ditukar.

Katanya, sebahagian kerusi ditukar daripada plastik kepada kerusi batu marmar yang lebih kukuh dan tahan lama berbanding sebelum ini.

Kawasan tempat letak teksi dilengkapi palang laluan bagi mengelak kenderaan tidak berdaftar mengambil penumpang di Jeti Pulau Pangkor di sini.

Menurutnya, begitu juga dengan tong sampah yang turut ditambah selain kekerapan kutipan ditingkatkan bagi memastikan kebersihan kawasan menunggu lebih baik.

Sinar Harian pada 21 Februari lalu menyiarkan laporan mengenai perkhidmatan teksi merah jambu (pink) yang menjadi ikon di Pulau Pangkor, di sini bakal hilang susulan berlakunya lambakan kereta dan motosikal sewa haram.

Pengunjung yang tiba di Jeti Pulau Pangkor akan didekati oleh ‘ulat’ yang menawarkan kenderaan sehingga aktiviti tersebut menenggelamkan peranan pemandu teksi yang juga duta kecil pelancongan pulau itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28