Kes Bella: Permohonan pindah ke Mahkamah Tinggi 22 April

Iklan
Mohammad Haikal tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin.

BATU PAHAT- Mahkamah Majistret pada Isnin menetapkan 22 April depan bagi mendengar permohonan izin memindahkan kes Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah atau Bella, 32, ke Mahkamah Tinggi Muar.

Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid telah menerima laporan forensik berhubung kes terbabit.

Iklan
Iklan

Tarikh berkenaan turut dicadangkan oleh peguam tertuduh Syahril Anuar dan tidak mendapat sebarang bantahan daripada pihak pendakwaan dan peguam pemerhati keluarga Bella iaitu Aminatul Mardiah dan Hafidzah Hassan.

Sebelum itu, Mohammad Haikal tiba di mahkamah pada kira-kira 8 pagi dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Iklan

Turut kelihatan dua anaknya iaitu Eusuf Abdul Fatah, 5, dan ahli keluarga yang menanti di pekarangan Kompleks Mahkamah Batu Pahat bagi mengikuti kes tersebut.

Ahli keluarga Bella berada di pekarangan Mahkamah Majistret Batu Pahat.

Mengikut pertuduhan sebelum ini, dia didakwa membunuh Mila Sharmilah antara Jalan Kelapa Barli, Taman Soga sehingga Jalan Parit Besar, di Kampung Parit Besar an sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Tongkang Pechah.

Iklan

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun atau tidak melebihi 40 tahun, sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Terdahulu, misteri kehilangan Bella pada malam 14 Disember lalu akhirnya terjawab susulan penemuan rangka tidak sempurna di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada pagi Jumaat, 19 Disember tahun lalu.

Rangka tidak sempurna itu ditemui sejurus tertuduh tiba di tanah air setelah selesai menunaikan umrah bersama keluarganya sebelum membawa polis ke lokasi tersebut.

Seterusnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan didapati sepadan dengan DNA milik ibu serta kakak Mila Sharmila yang kemudiannya membawa kepada penahanan suspek bersama dua lagi tertuduh.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28