PUTRAJAYA - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersama pimpinan tertinggi parti itu.
Turut hadir Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan Naib Presiden Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Iklan
Iklan
Ia susulan keputusan pindaan perlembagaan parti berhubung pelucutan keahlian bagi ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana parti atau musuh.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka terdiri daripada Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Aziz Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Artikel Berkaitan